Anda baru mendapat tawaran temuduga bagi pekerjaan yang anda impikan. Perkara pertama yang mungkin anda fikir adalah 'apakah resume saya sudah sedia atau adakah saya bersedia untuk menjawab semua soalan yang akan diajukan? Sebenarnya ada satu lagi perkara penting yang perlu anda ingat iaitu 'apa yang perlu saya untuk menghadiri sesi temu duga tersebut?'
7 tips atau panduan untuk temuduga. Berikut apa yang perlu anda ikuti sebelum anda menghadiri temuduga.Pakaian yang anda pilih untuk hari penting ini perlu membantu menentukan siapa diri anda yang sebenarnya atau membantu menyerlahkan keperibadian anda. Ia juga harus memberikan anda lebih keyakinan.
1. PEMILIHAN WARNA
Jangan pilih semua pakaian iaitu baju dan seluar daripada warna yang neutral. Kebanyakan kita cenderung untuk memilih warna yang tidak menyerlah atau dengan kata lain seluar hitam dengan kemeja putih. Pakain sebegitu dianggap membosankan dan penemu duga mungkin langsung tidak akan mengingati anda.
Anda boleh pilih warna yang terang tapi cuba padankan dengan warna klasik. Contohnya warna oren pada keseluruhan busana terlalu mengganggu pandangan mata oleh itu sebaiknya pilih seluar atau skirt warna hitam.
2. PILIH PAKAIAN PROFESIONAL
Meskipun anda tahu majikan mempunyai kod etika berpakaian santai tapi anda tetap perlu berpakaian secara seorang profesional. Selalunya orang akan memandang sinis terhadap bakal pekerja sekiranya tidak berpakaian yang sewajarnya semasa ditemu duga.
3. KESELESAAN
Tanyakan soalan ini ketika anda memilih baju. Adakah ia selesa? Adakah seluar anda terlalu ketat atau terlalu besar. Adakah baju anda terlalu ketat atau garis leher terlalu rendah?
Satu perkara yang wajib anda lakukan ketika memilih pakaian untuk temu duga dengan mencubanya dihadapan cermin. Ini untuk memastikan bahawa pakaian itu sesuai dan anda selesa apabila memakainya.
Anda pasti tidak mahu memakai sesuatu yang terlalu ketat, pendek atau yang sangat mendedahkan. Di sisi lain, pastikan pakaian anda kelihatan terbaik.
4. AKSESORI
Pilih aksesori yang mudah untuk dipadankan dan sesuai dengan pakaian selain menunjukkan personaliti anda.
Jangan mengenakan aksesori yang mempunyai gambar yang ganas seperti tengkorak atau harimau.
Bagi lelaki pula jangan sekali-kali memakai tali leher yang terlalu menonjol atau kelihatan tidak profesional.
5. SOLEKAN DAN DANDANAN/TUDUNG
Pastikan solekan dan dandanan rambut anda membuatkan anda kelihatan profesional. Jangan memakai warna gincu yang terang atau sangat menonjol. Pastikan solekan itu neutral, selain tidak nampak comot atau pucat adalah paling dititik beratkan dalam tips penampilan untuk temuduga.
Bagi rambut pula pastikan ia kelihatan kemas. Jika rambut kelihatan kusut anda mungkin akan dilihat sebagai individu yang tidak mengambil berat tentang penjagaan diri. Bagi lelaki, pastikan janggut dan misai dicukur rapi.
Wanita bertudung perlu memilih fesyen atau style yang sesuai untuk menghadiri temuduga. Pemilihan merangkumi aspek warna, corak dan cara lilitan tudung atau selendang yang ringkas dan kemas. Jangan terlalu serabut degan lilitan yang akhirnya membuat anda sendiri kurang selesa bila berhadapan dengan penemuduga.
6. KUKU
Daripada kuku saja penemu duga boleh membaca personaliti anda. Jikakuku dibiarkan panjang dan kotor anda akan dilihat sebagai individu yang tidak menjaga kebersihan atau pengotor.
Anda sudah tentu tidak mahu dilihat sebegini. Jadi pastikan kuku anda dipotong dengan rapi.
7. PREMIUM BEAUTIFUL CORSET
Bagi wanita yang mahu penampilan nampak fit dengan apa sahaja jenis baju yang dipakai perlu memakai Premium Beautiful.
Premium Beautiful akan membentuk kontur badan supaya nampak lebih tegap dan berkeyakinan. Ini terbukti dengan pemakaian Premium Beautiful, lelemak dibahagian belakang badan, perut dan peha dapat disembunyikan dan dihapuskan semasa pemakainnya.
Premium Beautiful memberi keyakinan kepada wanita untuk tampak yakin dan berjaya. Kebanyakan wanita yang bekerjaya memiliki satu set Premium Beautiful untuk membuat badan sentiasa cergas dan sihat semsa bekerja dan melakukan aktiviti sukan.
Hope these will help all of you to be confidence when walking through to the interview room and making magic to the results. Here those 7 Tips penampilan untuk temuduga.
No comments:
Post a Comment