Sunday, 3 November 2013

Program Kuruskan Berat Badan


Ketahui 6 Manfaat Berjalan kaki & Senaraikan dalam Program Kuruskan Berat Badan anda

Ada yang berpendapat bahawa senaman hanya boleh dilakukan di gimnasium sahaja. Hakikatnya ia tidak benar. Senaman boleh dilakukan di mana sahaja asalkan lokasi tersebut sesuai dengan aktiviti yang ingin anda lakukan. Caranya cukup mudah dan praktikal.

Berjalan kaki dengan laju memang memberi banyak manfaat pada tubuh badan kita especially dari segi kesihatan dan kecantikan berbanding berjalan kaki secara santai. 

Hasil kajian dari Archives of Internal Medicine menunjukkan amalan berjalan kaki selama 30minit sehari mampu memanjangkan jangka hayat seseorang sekurang-kurangnya 1.3 tahun. Bukan setakat itu sahaja, terdapat enam manfaat yang perlu diketahui apabila anda mengamalkan senaman berjalan kaki laju ni :-


Menstabilkan Berat Badan



Tahu tak bila kita berjalan kaki dengan laju boleh meningkatkan kadar Metabolisme dalam badan. Bukan tu sahaja, sejumlah kalori berjaya disingkirkan apabila metabolisme tubuh semakin meningkat dan sekali gus melambatkan pertambahan berat badan. Secara tak langsung, anda mampu memiliki berat badan yang ideal dan bentuk badan yang langsing.

Ia juga merupakan salah satu cara untuk Program Kuruskan Berat Badan yang paling efektif dan berkesan.


Elak Serangan Jantung


Umum tahu yang otot dibahagian jantung perlukan pengaliran darah yang kuat supaya jantung kita mampu berfungsi dengan normal. Melalui praktikal berjalan kaki laju, anda sebenarnya dah mempercepatkan aliran darah dalam koroner jantung.

Malah cara ini boleh membuatkan pembuluh darah menguncup dengan mudah sekaligus berupaya mengurangkan risiko terjadinya pembentukan darah beku di bahagian pembuluh darah ke jantung. 


Kurangkan Risiko Angin Ahmar


Satu kajian telah dibuat pada 70,000 orang pesakit di Pusat Perubatan Harvard, Amerika Syarikat tentang kaitan berjalan kaki dengan angin ahmar. Dikatakan pesakit-pesakit yang mengamalkan aktiviti berjalan kaki laju kira-kira 20 jam seminggu mempunyai risiko setidak-tidaknya dua darpdapa tida kes sahaja.


Mencegah Kencing Manis


Siapa yang tak risau bila disahkan menghidap kencing manis major atau minor sekalipun. Alternatif anda untuk mengelakkan ialah dengan membiasakan diri nerjalan kaki laju sekitar enam kilometer sejam.

Ini dikatakan mampu mencegah masalah diabetes tahap dua especially dalam kalangan mereka yang mengalami masalah obesiti. Selain itu, kandungan gula dalam darah juga mampu dikawal dengan sara yang sama. Di samping mengambil ubat-ubatan yang disyorkan, senaman berjalan kaki laju juga memberi manfaat yang sama seperti ubat Anti-diabetes.



Meredakan Derita Sakit Lutut


Di Amerika Syarikat, lebih sepertiga golongan yang berusia berdepan dengan masalah sakit lutut atau Osteoartritis. Jadi, untuk mengatasi masalah tersebut mereka mengamalkan berjalan kaki secara laju atau berjalan dalam kolam. Tapi untuk pesakit Osteoartritis disarankan supaya mempraktikkan senaman berjalan kaki berselang seli untuk mengelakkan kecederaan tisu di bahagian sendi.


Tips Senaman Jalan Laju :-

  1. Pilih kasut yang sesuai untuk melindungi kaki dan memberi keselesaan ketika berjalan.
  2. Tentukan lokasi berjalan contohnya di kawasan yang rata.
  3. Langkah sebesar yang meungkin dan selaju yang boleh.
  4. Gerakkan tangan ke depan dan belakang sewaktu berjalan.
  5. Fokuskan di fikiran bahawa anda sedang mengejar seseorang atau sesuatu.
  6. Boleh tingkatkan kelajuan apabila anda selesa dengan langkah sedia ada.

Jadi, mulai esok jom kita listkan aktiviti berjalan kaki ini sebagai salah satu Program Kuruskan Berat Badan  yang perlu kita buat untuk menjaga kesihatan tubuh badan kita. 

This is also one way to get healthy and beauty which bring our life become more energetic. 


No comments:

Post a Comment